atok & acik meninggal dunia dalam masa yang sangat singkat. kami sendiri terkejut dengan semua ni. aku sendiri rasa benda ni macam mimpi? sampai pernah satu masa aku tertanya tanya, ini mimpi ke realiti?
jumaat, 7 april 2018
aku dapat whatsapp from nurul petang tu bagitahu atok pergi hkl naik ambulance sebab macam dah nazak. waktu tu, mak belum update apa apa lagi dekat aku. so aku tunggu mak whatsapp malam tu, bagitahu atok dekat hkl & semua dah ada dekat sana. waktu tu juga aku dah tak tentu arah. pendek kata, aku dah boleh expect apa akan jadi tapi aku doa je yang baik baik dulu. aku baca Yaasin lepas solat. aku tenang. fikiran waktu tu dah celaru sikit. aku whatsapp izzat bagitahu semua benda. izzat tenangkan aku suruh aku doa banyak banyak & get ready if apa apa jadi.
malam tu aku tidur lambat dalam pukul 1 lebih. entah kenapa mata tak boleh nak lelap awal. maybe sebab asyik fikirkan atok. tidur pun macam tidur tidur ayam. memang rasa nak tenang lansung. jadinya, malam tu pukul 3.40 am phone aku bunyi. mak call aku. dan ye, memang aku dah tahu mak akan cakap 'benda' tu.
"atok dah takde"
aku dengan mamai waktu tu memang lambat sikit nak respond dekat mak. rasa macam tak percaya tapi itulah realiti. aku dengar mak dah mula menangis so, aku terus tutup phone. lepas dapat phone call tu aku terus bangun siap siap kemas baju apa patut. mak dengan abah suruh aku balik naik bas tapi itulah kalau diikutkan memang lambat sampai. pukul 7 am, mak call bagitahu abah datang ambil dengan pijol who is my cousin.
dari dalam kereta aku memang dah sendu. sampai gombak terus, aku keluar jalan laju laju pergi surau. sedara mara aku dah ramai ada keliling jenazah atok. Demi Allah aku tak boleh nak hadap benda yang jadi waktu tu.
"pergilah tengok atok"
nurul pujuk aku. tapi aku geleng kepala mula mula sebab rasa tak sanggup nak tengok. nurul pujuk aku kali kedua. aku minta dia teman sebab aku memang blur tak tahu nak buat apa.
nurul buka je kain tu, aku dah mula menangis. lama aku ambil masa nak cium dahi atok. entahlah memang susah nak terima bila tengok jenazah atok waktu tu. tapi aku redha dengan takdir Allah.
sabtu, 12.00 pm
jenazah atok dikebumikan. aku tengok je diaorang angkat jenazah atok bawa masuk dalam tanah kubur dengan hati yg sumpah sedih. entahlah still tak boleh nak explain rasa tu macam mana. berat hati nak tengok. tapi aku pujuk hati aku bagitahu ;
"ini semua takdir Allah. kau kena terima dengan semua ni"
sabtu, 21 april 2018
lepas maghrib, mak whatsapp aku bagitahu acik pengsan lepas balik dialisis sebab tangan dia bleeding banyak sampai panggil ambulance datang rumah. aku fikir acik bleeding & pengsan macam biasa je. yelah agaknya dah panggil ambulance tu pergi emergency mesti bagi oksigen semua and then sedar balik. tapi aku salah.
9.00 pm
aku tengah syok makan dengan hajar & tasha dekat meja depan tetibe phone bunyi. mak call. dalam hati dah fikir "ohh acik mesti admitted ni, mak kena jaga acik" tapi bukan. mak sampaikan news yg aku taknak dengar & tak patut aku dengar.
"acik dah takde"
Allahu Akbar.... aku tengah jawab phone tu sambil nak keluar bilik, bila mak bagitahu acik dah meninggal, aku terus pegang pintu. aku dengar mak menangis kali kedua dengan tone yang sama. tengah pagi tu juga, pukul 3 am aku gerak balik gombak. kali ni pokde pula datang ambil dengan abah. sampai surau sana dalam pukul 4 am. tapi aku tak masuk dalam lagi sebab nak tunggu siang hari.
ahad, 10 am
jenazah acik dah selamat dimandikan & dikafankan. makcik liza panggil aku ;
"ika, jom pergi tengok acik ara. dah siap dah semua"
elok je aku masuk bilik tu, aku dah menitis air mata. kali ni aku menangis lain macam. sebabnya aku rapat dengan acik since kecil lagi. bila aku hilang acik, aku rasa lain. tak tahu nak cakap macam mana. menangis pun sampai teresak esak sampai mokde cakap "tak elok meratapi, nanti acik sakit" lepas mokde cakap centu, aku terus lari keluar duduk tepi dinding rilekkan diri yg sedih ni. along keluar, datang dekat aku peluk aku, pujuk aku semua. lama lama aku okay la. tengok acik dikebumikan pagi tu memang sendu betul hati. but Alhamdulillah, kubur acik dengan atok dekat sangat.
memang susah nak percaya bila hilang dua orang yg aku sayang within 2 weeks. memang macam mimpi sangat. tapi aku redha. indeed, Allah itu Maha Mengetahui & Maha Besar atas segalanya. semoga arwah atok & acik ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman dan solehah & dijauhkan dari seksaan kubur & api neraka. Amin.