Thursday, 30 December 2021

GOODBYE 2021

 Dalam posting ni aku ceritakan serba sikit apa yang jadi sepanjang tahun ni. Hepi reading! :)

Januari-Mac: 
Nothing much happened sebab masa ni kes dah cecah 1k. Nak berjalan keluar pun fikir banyak kali. Kalau keluar pun sebulan sekali? Tak silap aku, aku keluar bulan 1 dengan the makciks (sundals) and then bulan 2 attended wedding cousin aku dekat Ijok. Bulan 3 aku duduk rumah je sambil scroll online shopping website untuk shopping baju raya :p

April-Jun:
Dah masuk bulan puasa. Macam biasalah everynight aku dah siap masak. Ayam kicap, sayur campur, sambal ayam, sambal ikan, sambal udang & sotong. Gitu jela pusing pusing sebab kami tak makan banyak sangat hehe. Kalau nak makan telur dadar pagi sahur tu mak aku goreng sorang sebiji <3

Malam raya aku busy masak dengan mak. Dengar bunyi budak budak main mercun dekat padang bawah. Dengar takbir pun sayu je mau nangis :( teringat arwah ayah, atok & acik :( lepas habis masak ber-vid call dengan cousins kejap and then selit makcik aku sorang hahaha yela masa tu kan takleh pergi beraya. Pagi raya tu pun lepas makan semua pakat vid call memasing and then sekeritshottt aje πŸ˜‚ segala macam wish hari raya dapat pagi sampai tengahari tu. Aku pun took opportunity wish dekat ibu Rusyaidi share share gambar raya & lauk gitcheww 

Masuk bulan 6 dah busy semua kena amik vaksin. Semua dok pakat tunggu appointment dekat MS. Masa tu memang kecoh gila dengan anti vaksin bagi information entah pape sampai semua takut nak cucuk. Sedut asap cengkih kan? Hahahah cengkih tu buat masuk dalam masakan sedap oiiii aku pun apply amik AZ masatu 

Julai-September:
Rasanya masa bulan 7 tu abah dah settled cucuk sebab dia dapat appointment hujung bulan 6 gitu. Jadinya bulan 7 tu aku dengan mak je yang kena pergi amik vaksin. Lepas je mak vaksin, dia kena operate left breast sebab ada macam ketulan kecik ((bukan kanser)) detected lepas raya centu. Mak pun daily warded je tengahari operate then petang keluar dah. Alhamdulillah takde apa sampai sekarang cuma nak tunggu check up bulan depan :) 

Bulan 8 mak dengan abah got their second jab. So far dorang okay je sebab sinovac kan takde effect apa sangat. Kalau dekat fesbuk tu memasing kata makin kuat makan πŸ˜‚ tah tah memang semua kuat makan tapi salahkan lepas amik vaksin hahaha macam macam hal sumpah kelakar. Masa ni vaksin berkembang dengan jayanya and kes pun dah start turun from 15k to 10k daily 

My birthday month! I enjoyed my birthday like so much <3 got to talk on the phone with Rusyaidi everynight ever since that day hehe and got so many warm wishes from friends thank you guys! Doa doa korang tu aku berbalikkan pada korang semua ❤️ Then aku dah start fikir nak join dropship. 

Oktober-Disember:
Aku start join dropship dengan modal RM30. Takut sebab first time tapi eksaited sangat walaupun bukan bisnes sendiri πŸ₯Ί it was a good started till now Alhamdulillah. Almost got scammed but AWASSS scammer i am not stupid tau! Terus aku blocked je nasib baik aku tanya Tasah Habsah Hassan dulu sebab dah waswas since the scammer chat aku haih 

Bulan 11 aku dah count down to 5th anniversary dengan Rusyaidi. I met him bulan 10 sekejap then i told him 
“Jom keluar dating luar from kl pergi PD boleh?”
“Boleh bie okay je” hehe 
Ohh awal bulan 11 ni Rusyaidi got his second job on the spot after the IV! I was very happy for him sebab dia dah lama tak kerja since pkp mula start bulan 3 tu :( it is a good experience for him till now sebab he manage to do any kinds of job now. So kalau ada masalah phone sekarang aku direct dia je πŸ˜‚ hujung bulan 11 we all the makciks keluar pergi aquaria date yang dah planned since 2017 konon konon nak pergi masa cuti sem 5 bulan tu haaa sekali 4 tahun akan datang baru pergi 😭😭😭

End of the year. My fav month. 5th anniversary & birthday Rusyaidi. We went to PD as planned. We had a really good session that day. I bought him another gifts sebab masa bulan 10 aku dah siap belikan new wallet yang handsome untuk dia 😜 so on that day, dia nak sweater sebab sejuk dekat ofis so i chose dark green color for him and minta dia amik satu stripe tshirt yang dia dah tengok since awal awal masuk kedai hahaha 
“Yanggg bie jumpe tshirt lawooo” zasss terus aku suruh dia amik je walaupun dia segan eeee ngadeee je πŸ˜‚

Happy new year guys! Aku doakan segala apa yang korang idamkan akan tercapai one fine day. Yang penting usaha & tawakal. Semoga kehidupan korang dipenuhi dengan barakah & dilimpahi rezeki nikmat Allah ❤️ Be positive, stay safe & always be happy. I love you guys xx