Thursday, 3 June 2021

GOOD OLD DAYS

Alarm pukul 6 pagi. Awal lagi so boleh lelap dalam 15 minit then mandi. Subuh 5 minit. Siap siap pakai baju sekolah 10 minit. Check beg & jadual kot kot buku tertinggal nanti siapa pula nak hantar ughh! 

6.45 pagi makan ringan aje. Antara menu pagi harian yang disediakan oleh Puan Emak: 

  1. Lempeng 
  2. Nasi goreng 
  3. Cekodok 
  4. Roti sapu planta 
  5. Teh tarik 
  6. Teh O 
  7. Milo

"Cepat!!! Lambat saya tutup" padahal yang belakang ramai lagi. Chill. Paling tak pun keadaan sama macam kau terlambat nak masuk panggung wayang. Lebih masa or kau sampai  time assembly dah start kau kena lepak depan sekali. Dapatlah surat cinta. Sweet kan? 

Paling tak suka bila spotcheck. Entah budak budak ni gatal bawa phone pergi sekolah. Budak laki? Rokok. Masih santui smoking dalam tandas. Apa ada hal? Cikgu pun smoking belakang kantin. Lagi mau marah pelajar, cisss! 

Paling best bila sekolah kau pergi pertandingan lepastu champion or dapat 1st or 2nd runner up. Eh, mestilah bukan aku yang mewakili sekolah. Aku support dekat twitter je #ForzaSetiawangsa. 

Musim berbuka dengan classmates. Kau akan nampak budak budak kelas sebelah kemain ramai dekat satu mall tu. Aktiviti lepas berbuka pun sama je. Tak movie, bowling. Feeling dating pun ada juga before berbuka session. 

3 4 bulan before spm semua rajin pergi library. Study katanya tapi end up bersembang lebih. Ahh, itu biasa! Study tu dalam sejam dua jam aje! Lagi satu sebab library sejuk memang la syok duduk dalam tu lama lama! 

Sebelum nak masuk dewan exam, kau dengan member discuss dekat luar. Hafal formula last minute. Hafal akronim. Member kelas sebelah share akronim. Then kau doa harap harap silibus yang susah tak keluar exam! Ataupun soalan minta sikit je sebab kau hafal ciput!!! 

Masa last jumpa before officially habis sekolah, memasing cakap nanti lepak or buat reunion. Dalam mimpi aje! End up, memasing liked gambar memasing dekat ig.

"Alhamdulillah, one step closer" 

"I'm married"  

"First day at the workplace" 

"We're pregnant!" 

"Convocation day!" 

"Dean's list, alhamdulillah" 

Terasa dah tua bila dah lama habis sekolah. Kau sekarang ni di alam cari kerja, kumpul duit & tunggu kad jemputan kahwin member aje!