Wednesday, 9 June 2021

JODOH KE BODOH?

Aku baru lepas tengok video pasal kenapa perempuan lambat jumpa jodoh by Prof. M. Intro dia simple. Perempuan bekerjaya tinggi macam mana sekali pun kena hormat suami. Oklah setuju sangat. Bagi aku senang, dah kahwin HORMAT SESAMA SENDIRI. 

Then, dia masuk perempuan kahwin lambat sebab 'terlalu menjadi seperti lelaki'. Hard working, independent & etc. Katanya lelaki suka perempuan yang jenis berharap. Macam clingy la kan? Tapi bukan terlalu clingy la. Suka minta tolong lelaki. And lemah lembut. Haa meh aku nak tanya, betul ke wahai lelaki? 

Here are my opinions. 

Satu : Tak salah pun kalau perempuan jenis independent, hard working, suka drive sana sini sendiri, nak achieve macam macam. TAKDA KENA MENGENA LANSUNG DENGAN JODOH SAMPAI LAMBAT. Dah kalau seseorang perempuan memang dilahirkan dengan karakternya begitu? Dah kalau benda benda tu yang boleh buat dia happy instead of kahwin awal? Aku pun jenis macam ni juga. 

Dua : Kita orang MELAYU ni terlalu NORMALISED perempuan or lelaki kena kahwin umur sekian sekian. Kalau lambat kahwin terus dicop ANDARTU ataupun TAK LAKU. Aku ada nenek sedara sorang yang risau anak buah umur 28 tahun tak kahwin lagi. "lambat nawww kahwin takde orang nak" katanya. Sampai nak dimandikan dengan air bunga so that jodoh tu sampai. Naik seri ke apa tah. Syirik. Lebih baik doakan or carikan jodoh untuk dia. Betul kan? 

Tiga : Kita ni as WANITA tak perlu lah nak berubah demi menarik perhatian lelaki. Unless, diberi contoh kalau kau dah bercinta lepastu pakwe kau nasihatkan pakai tudung. Itu benda baik. Diterima. Kalau setakat nak kena berubah karakter untuk DITERIMA oleh SEORANG LELAKI, bagi aku tak berbaloi. Masa mengorat kemain kata "saya terima awak seadanya" lepastu dah bercinta, keluar ribut taufan terus cop "awak kena berubah sebab saya suka perempuan/lelaki yang macam ni, macam tu". Wah, hebatnya kamu? Tapi kalau kau WILLINGLY nak berubah sebab nak MENCARI JODOH, itu baguslah. Usaha & tawakal. 

Kau yang lelaki tu. Gunalah kuasa 'veto' korang tu sebaiknya dekat isteri kau nanti. Aku cakap based on apa yang jadi depan mata aku. Kau as suami tahu apa benda nak kena buat dekat isteri kau. Cara teguran, 2-way communication, dan lain lain. 

Kau yang perempuan tu. Dengarlah cakap suami. Kalau suami suruh/tegur buat benda baik, ikutkan je. Sebab apa yang aku faham, kalau benda baik kena ikut & kalau sebaliknya janganlah ikut pula. Kena tegur pula suami kau bab itu sebab salah kan? #Tilljannah katanya. 

Kepada makcik pakcik and sepupu sepapat yang seangkatan dengannya, sudah sudahlah tanya bila nak kahwin. Aku letih dengar. Sebab bosan bila orang tanya soalan tu. Hidup aku banyak lagi benda nak achieve. Bukan NAK KENA KAHWIN JE. 

"haaa itu jelah kerjanya mengatur budak budak ni suruh kahwin macam dah takde benda lain!!!" 

Tu jawapan mak aku to one of my pakcik yang tanya aku bab kahwin. Love sangat jawapan tu. 

Mungkin ada korang yang OK dengan soalan yang ditujukan. Nak berborak katanya. Well, banyak je benda lain yang nak diborakkan sebenarnya tapi bab kahwin juga jadi tajuk utama. Sebab tu aku lari cuci pinggan dekat dapur kalau balik kampung or pergi rumah sedara. Aman telinga aku. 

Oklah, bye! Selamat berjumpa jodoh memasing kepada yang membaca.