Wednesday, 14 December 2022

MARI KITA LIHAT APA YANG MENARIK

Macam biasalah dah hujung tahun ni aku selalu recap apa yang jadi dalam hidup aku selama setahun. Supaya nanti bila dah tua buka je blog ni nampak la kehidupan aku masa muda mudi begitu ~ aku type posting ni awal so todei is 29 november tapi nanti aku publish hujung bulan 12 okieee sebabnya tak habis tahun lagi so takleh post kahkah overall hidup aku tahun ni too many ups and downs daripada tahun tahun sebelum ni jadinya posting ni akan ada emosi yang sungguh emosi sampai mungkin aku sendiri menangis and ketawa lahhh bukan gila yerrr yang pasti 

Januari-Febuari 2022



Tiga tiga bulan ni very the hectic months for me. Masa ni aku dah prepare for seeking and looking job(s) sebab dah habis covid. Aku pun minta tolong Rusyaidi and Mus and the Sundals and other kawan aku untuk aku punya idea nak selit dalam resume. Sambil sambil tu google la juga sebab nak cari idea katanya. Eksaited la aku kan semangat semua nak buat resume tu. Masa dulu zaman dip ada belajar buat resume tapi bodo bodo jela contents and everything tu. Haaa bila dah time kau seeking the job ni barulah banyak idea nak tulis apa. Gigih punya gigih usaha sana sini boooommmm siap satu resume. Letak la gambar passport yang aku gigih pergi kedai gambar dekat setiawangsa sana tu. Oh and masatu ada juga aku isi borang kerja LHDN tapi takde rezeki la senang cerita. 

Long short story disebalik aku usaha cari kerja tu ada la juga kisah sedih. Ada argument between me and my parents. Paling emosi sekali mak aku la. Masa tu jiwa aku kosong tau. Aku mengadu nasib dekat Rusyaidi and the Sundals je. Bagi aku masa tu segala apa yang aku buat salah dekat mata dorang. Aku apply kerja sini, dorang questioned. Aku apply kerja sana, pun dorang questioned. Kau nak hidup berdikari tapi at the same time kau pressured dengan ayat parents kau. Senang cerita kau macam tak dapat restu. Ada one time aku dapat phone call iv tapi tak dapat nak terima sebab kes kes yang aku tulis tu. Nak cerita pun panjang sangat so aku pendekkan jela tapi korang faham jela kan? 

One day masa aku tengah demam, ada sorang kawan mak aku contact ws mak aku. Katanya bos dia cari pekerja sebab nak buka satu branch baru which is just within my neighborhood. Oklah aku accept pergi iv bawa resume semua. No nervous and all aku pun jawab la everything ditanya. Masa tu aku macam "OHHH MACAM NI RUPANYA KENA INTERVIEW IRL" bagi aku masa tu tak la pressure sebab bukan company yang besar sampai kau kena pergi dua tiga interview untuk lulus. Dalam seminggu macam tu kot dapat call boleh start kerja 15hb Mac. 

Mac-Mei 2022

"ok zulaikha selamat datang. mula mula kita buat cleaning la dulu dalam 30 minit nanti akak ajar benda lain pula" 

Selama 3 bulan aku kerja sana tu kurus ye aku. 4kg jugalah turun berat sampai raya tu aku timbang. Badan aku masa tu macam dream body shape la senang cerita. Penat bekerja and penat bergerak. Biasalah tu kann mula mula kerja kau nak biasakan diri dengan new environment. Everyday mak aku masak pepagi aku bawa bekal pergi kerja. Yes jimat. Kadang aku order juga la foodpanda masa kerja. Training and everything slowly aku pun boleh la buat kerja sesikit macam staf lain. Terlebih rajin pula aku bawa buku buat notes and everything. Budak baru la katakan. CCTV ada nanti nampak macam tak buat kerja la pula kan? 


Pungg panggg punya cerita lepas raya busy kena mengemas prepare untuk buka new branch tu. Patah pinggang. Sampai ruam badan badan aku. Masa tu aku dah start rasa unappreciated by the employers. Tapi takpe aku teruskan jela sebab baru start kerja so nak tengok macam mana they handle and treat us the employees. Ada sorang staf pun dah start buka cerita pasal this company macam mana. Jadinya aku faham la serba sikit apa masalah company dorang masa tu. Aku decide untuk tetap kental sebab nak ada gaji every month supaya aku boleh beli macam macam without fikir pasal duit. 

Masuk bulan puasa masatu macam dah musim panas. Jadinya parents aku decided untuk pasang A/C. Maka rumahku jadilah igloo dan rumah elsa. Musim raya pun raya dekat KL macam biasa and adalah cousins datang rumah beraya bersama sama gitchewwww. Masakan wajib rendang ayam, lodeh & nasi impit. Tahun ni kitaorang haritu masak sikit aje sebab taknak membazir. Baju raya pulak aku TAK BELI SEBAB TAK JUMPA KEBAYA SO AKU MERAJUK. 

One day iftar dengan family Rusyaidi. His parents picked me up sebab masatu dia kerja keluar dari ofis pun lepas maghrib so lambat la jumpa dia. It was very nerve-awkward sedikit walaupun dah biasa dengan family dia but everytime jumpa mesti rasa macam tu huwaaaaa maybe sebab jarang kan berjumpa. 

"nak kena hantar cincin la macam ni bagi mak zeka setuju bawa keluar sama-sama" 

Jun-Julai 2022

Another months at new working place. Kerja dekat kedai ni best sebab takde CCTV. No one can see what us doing. Syok sangat. Easier for us to reach food stalls. Tempat kerja aku dekat dengan tempat kerja Fatin. So boleh dikatakan almost everyday kitaorang pergi keluar beli makanan kahkah. Malam balik kerja usually Rusyaidi jemput. Kadang abah jemput. If both takde, aku naik bas rapid. Mujur aku anak pemandu bas ye so aku memang very cekap naik bas tapi tak cekap nak drive tiberrrr??? 



Rusyaidi jemput everyday tu mesti pergi dinner. Korang rasa berat aku yang dah turun 4kg tu hilang pergi mana? Pergi ke awan wehhh. Muka aku jadi bulat balik semula. Body aku dah petak. Pinggang takde shape. Buncit sedikit. Keluarlah ayat "HABISLAH I DAH GEMOKKKK NAK DIET LA MACAM NI" sambil makan nasi berlaukkan tomyam dan daging paprik. Licin habis pula tu. 

"makan jelah bukannya bie kesah gemuk ke kurusssss" 


Raya haji meriah sikit la sebab kitaorang raya rumah Pakngah. Ada la masak lauk sesikit makan berjemaah. Aku macam biasa jadi pekerja wajib di hari raya di dapur dan segala sudut. Sebab yang lain lain busy jaga anak. Timang anak, bagi anak susu dan mandikan anak. Aku tolong jaga anak dorang. 

"tolong amikkan gambar aunty nyott boleh?" 


Ogos-September 2022

2 bulan yang ni aku banyak berjalan dengan kawan-kawan aje & busy kerja. Jumpa la dengan the Sundals yang dah lama gila tak berjumpa. Plan pun 2 3 bulan sebelum nak makan sukiya. Haaa gigih la yang 3 ekor bekerja apply cuti on the date we planned tu. Kitaorang pergi makan sukiya dekat pavillion yerrr sebab itu je yang paling dekat dengan kitaorang walaupun Tasah Habsah Hassan nunn jauh perjalan all the way from Shah Aley hahahaha. 


So far review aku makan sukiya tu hmmmm biasa-biasa je nothing special much. Yang paling aku lurvee pun dengan daging & sos viral tiktok. 

"makcikkk letak nii pastu letak niii"

"ehhh banyak mana nak letak ni makcik?"

"ikot kamu lerrr makcikk campak ajeeee" 

Masuk bulan hari lahir. My colleague belanja aku starbuck. Aku sebagai tidak pencinta SB boleh je terima Karamel Makiato tu sebab dah pernah minum. Kalau kau suruh aku berdiri dekat kaunter nak order eh memang tercangak la aku dekat situ tengok board menu. Masa tu aku kerja so lunch pergi beli makanan dengan Fatin. Lepastu tiba-tiba dia buat lawatan mengejut yeee bawa kek 2 kotak hahahaha kesian dia berpeluh peluh ketiak basahhh masyammmm berjalan jauh semata bawa kek untuk member dia sorang ni yang dah sejuk duduk dalam aircond kahkah thank you so much Tenten <3 not to forget Ezzmanida pun bagi hadiah tapi lambat sikit la tapi i iz very lurveeeee dengan lotion dia bagi tu <333 andddd few days before my birthday tu Kekna belikan cupcakes yang sedap untuk aku & Bolokero. Yang penting makan nasi ayam penyet yee sebelum makan cupcakes tu add on pula rojak buah Kekna mengidam ehh makan malam-malam. 




Kitaorang ada balik Johor attend kenduri kahwin sepupu mak. Duduk homestay 2 malam and then before balik KL tetibe berpusing peta pergi masuk Melaka. After 2 years aku tak jejak Melaka oklah dapat jalan jalan againnnnn. Mak, abah & pakngah nak naik cruise mujur tak loya loya and mabuk sungai yee. Masa tu hujan renyai sebab musim hujan tapi nasib baik dapat naik jugaaaaa lepastu beli la frame yang bergambar family tu buat kenang-kenangan gituhhhhhh 





Oktober-Disember 2022

These 3 months takde apa sangat yang jadi. To make it short aku dah resign. It was not an easy decision because i am in needed to earning. Tapi disebabkan kerja aku tu bagi so many disadvantages to my life, of course i had to take a step back. For me it was a good experience because aku belajar & kerja in the same course. Aku takde rasa kekok sangat because i already awared with the possible things that may happen. 


I am going to publish this entry first but i have another special entry untuk my fav month & day for me & Rusyaidi yeyyyy. Thank you so much guys for spending your time reading my post. I am very enjoy in writings and share my stories here. And i am very honored to hear compliments from my friends regarding my writings <3 andddd i am going to share more about my life here till forever.