Monday, 19 December 2022

SAMBUNGAN CORETAN BERMACAM TAJUK

Okay gaissss berjumpa lagi dalam next post aku. This one aku special edition la sebab tak post dekat previous post sebab panjang sangat jadinya. And this one maybe akan jadi short post jela MAYBE LAH YEEEE 

Tajuk: Undi 18 tahun ke atas 

Eh tak, aku dah 24 tahun tau. Mudah kerja aku and yang lain sebab zaman now dah auto daftar undi. Tahu tahu kena check je dekat link spr tu. Masa dah start kecoh boleh check tempat mengundi tu haaa mula lah member aku semua eksaited check. Macam biasalah tempat mengundi area rumah kitaorang ni standard sekolah je senang. Macam aku memang dah aware dekat skauk. 

Pagi-pagi pukul 7 Fatin morning call aku. Subuh tu hujan so aku tidur hm memang nyaman ye. Dah set alarm pukul 6 macam tu lepastu tidur balik macam kau malas nak bangun pagi pergi sekolah. Bangunlah aku dengan muka busuk & mata kelat seperti kelat teh o dekat kedai sarapan pagi cik senah. Aku iron tudung je sap sap sap siappppp minum air teh tarik buatan mother and sekeping roti untuk alas perut sebelum pergi mengundi wakil wakil parlimen tu. 

"DIKKK ASSALAMUALAIKUM DIKKK UNDI BN YERRR DIKKKK" 

Haah yelah makcik. Saya tengah disaster ni berjalan banyak lopak air, makcik boleh terjerit pula ye time time hujan tu. Kitaorang gerak pukul 730 centu so sampai dalam 745 nak beratur before gate buka pukul 8. Kecoh lagi beberapa makcik depan aku ber-ootd-kan warna biru. Snap snap gambar masuk dalam group wasep blok rumah masing-masing. Masa tu memang aku nampak makcik & pakcik je yang ramai. Yelah pagi kan mana ada orang muda nak datang sangat. 

Dah buka gate tu menggelupur la semua masuk macam nak main acara lari berguni anjuran AJK kampung pisang. Orang muda ni semua saluran duduk dekat tingkat atas. Ketibas la kami bersama angin nafas sepoi sepoi bahasa sambil menaiki tangga sekolah tu. Beratur dalam 15 mins macam tu settle masuk & undi. Tak sempat nak amik gambar jari telunjuk berjemaah bersama Fatin sebab nak cepat masatu kahkah so kitaorang singgah beli makanan bawa balik sebab kebulor!!!

Tajuk: Karoke 4 jam sehingga tekak kering

Asalnya kitaorang nak keluar on the date PRU tapi disebabkan aku dah berhenti kerja, kitaorang keluar esok harinya. No other plans were made unless the karaoke session but first sebelum memekak mestilah kena recharge badan kan? 

We had our lunch dekat Thai Moment sebab Bolokero suggest makan dekat situ katanya sedap. Sampai menangis-nangis ajak kitaorang makan situ hm. Antara menu-menu yang kami cekik adalah nasi 4 pinggan (walaupun makan bertiga) ikan siakap masak sweet sour, telur dadar versi mekthai & tomyam ayam sebab Bolokero lagi sekali taknak tomye campur. First bite terusssss zupppppp terus naik kapal terbang ke Thailand sawadikap gaissss tak tipuuuuuu SEDAP GILAAAAAAA makan punya makan tinggal lah pinggan kosong yang licin bersama tulang tulang ikan sahaja.

Kekna drive all the way to subang jumpa parking sebiji terus keluar kereta panas-panas terik tu. Both of them menyinggah kedai phone cari accessories. Lepastu sejukkan badan sebentar dekat kedai minuman berwarna hijau emerald. Dapat la ber-photo shoot kami di situ dengan arahan Bolokero 


"1 2 3 wehhhh lawa gilerrr sumpahhh aku lurvee gambar nii" 

Begitulah sampai ke sudahnya ayat kami bertiga masa sesi bergambar tu. Karoke start pukul 3 then kitaorang masuk & daftar lahhh ingat daftar masuk kolej ke? Masuk bilik terus set up lampu & start pilih lagu. Bolokero punya genre all english songs, Aina mixed english + indo + malay. Aku? Forever malay & ada lah indo songs a bit. Si Bolokero prince tu sampai tak sempat nak nyanyi lagu apa tah sanggup eh dia buka dekat apple music then dia letak mic dekat speaker phone pastu dia nyanyi gaisssssss 

Tajuk: Sky dining dinner date 

Way before aku start kerja lagi dah pernah cakap dekat Rusyaidi if kitaorang berdua dah kerja we should go for sky dining dinner date. Share duit la nak makan situ sebab harga sangat kayangan kerajaan ayah pin. Few months back, Rusyaidi dah inform this year's ann dia nak bawa pergi dinner. Who would have thought that my planned nak share duit tu terbang jauh ke angkasa. He end up paid everythingggggg!!! 

"anniversary nanti pakai lawa lawa tau b nak bawa pergi dinner dekat tempat best"

Jadinya aku pun mula la beli baju design yang aku tak pernah pakai sebelum ni. Sebab aku tengok patung pakai lawa terbayang la diri sendiri pakai lawa kannnnn baju tu sebenarnya ada tali tapi aku cabut jahitan dia tu sebab tak kena pula dengan diriku pakai bertali gitu hahahah 

Kitaorang keluar petang lepas asar & hari hujan. Jadinya lapar la dua orang lovebirds ni. Rusyaidi singgah beli kuih dekat tangki tu. Makanlah kami alas perut di petang hari sebelum makan makanan yang mahal kahkah. Dah makan 2 3 butir kuih, tekak rasa tercekik pula. Pergi jalan lagi jumpa jual air soya nyumsssss. Dinner date start at 7 so kitaorang car-date all the way dekat jalan ampang sebab Rusyaidi kata 'kedai' tu dekat area situ jee. KEDAI EHH DIA PANGGIL? aku sebenarnya tak tahu dia nak bawa pergi mana but i expect la that he's taking me to the sky dining place. So he brought me to the Roofino Skydining.

We had mushroom soup & onion soup + garlic bread for me & him as appetizer. And 4 pieces bruschetta creamy mushroom if im not mistaken lahh. Makan tu je kitaorang dah start kenyang hahaha. Starter aku amik burger yang rasa sungguh mahal dalam tekak ku & Rusyaidi amik chicken grill. Kitaorang makan slow-slow taknak rushing sebab nak menikmati plus masatu hujan lagi & sejuk sangat dalam tu ya tuhan. Makan dalam sejam then sampai desert yang cute sangat <3 i was smiling happily masa the waiter tu bawa sebab ada tulis Happy 6 Years huwaaaaa comel gilerrrrr

"hadiah sayang dah sampai rasa nak bagi sekarang jeee"

Masa ni Rusyaidi cakap bulan lepas. Dia punya gelabah nak bagi tu hahaha tak menyabor nak tunggu. So lepas habis dinner nak balik, dalam kereta dia bagi hadiah yang aku minta yee which is new watch! Brown color, roman numbers & a little bit gold color arghhh love teroxxxxx thank you so much b for an amazing night & the present <3 

Tajuk: Deena's birthday party

"eee belom habis lagi laa amik gambar!! belom ciummm!!" 

Alahaiii dak Deena ni hahaha masatu kecoh amik gambar birthday princess dengan parents dia sebab mummy dia kata first celebration dia mengadu takde gambar family. Tak sempat nak amik so this time dia claimed la. Mengekek la parents dia tu cium dia masyam masyam tu hahahah 


Nurul bawa nasi ayam untuk makan makan. Aku dengan mak dah siap deco tempat dak Deena nak tiup lilin. Gigih la aku dengan mak pergi beli rambu ramba & belons dekat DIY. Mujur aku ada pam angin boleh la pam belons tu semua kalau tak pening saya dibuatnya kena tiup menggunakan oksigen dalaman badan ku kahkah